SEDARKAH kita kehidupan tanpa maklumat, tanpa berita dan tanpa ilmu pengetahuan boleh menjadikan individu umpama hidup pada zaman batu?. Frasa ini turut merujuk betapa berharganya maklumat yang memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia apatah lagi ketika kita menuju ke era globalisasi.
Kajian firma penyelidikan, InfoWatch meliputi negara di Asia Pasifik-Jepun dan Amerika Syarikat, mendapati punca kebocoran maklumat adalah berpunca dari perbuatan sabotaj yang kebanyakannya berpunca dari angkara pihak dalaman. InfoWatch mengesan 185 kebocoran data didaftarkan dalam pangkalan datanya sepanjang enam bulan pertama 2008. Kehilangan data peribadi dianggap paling tinggi iaitu 95 peratus berbanding kebocoran data yang membabitkan rahsia komersial dan rahsia kerajaan."Aktiviti pengiklanan, penukaran, penjualan dan pembelian maklumat pelayar seperti akaun bank, kad kredit, akaun eBay, PayPal dan kata laluan e-mel adalah tujuan penggodam untuk memecah masuk komputer pelayar dengan menggunakan perisian tertentu. Symantec turut melaporkan 499,811 maklumat dicuri dan dijual ke dalam pasaran gelap," katanya.Kes kecurian dan kehilangan data membabitkan badan kerajaan seperti pencerobohan sistem pangkalan data Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menggemparkan negara kerana dilihat sistem keselamatan agensi itu tidak kukuh hingga mampu dicerobohi penggodam. Segala maklumat peminjam yang keseluruhannya adalah penuntut institusi pengajian tinggi (IPT), dipadam terus daripada pangkalan data PTPTN. Malahan sindiket yang didalangi penggodam komputer cuba membuat keuntungan melalui iklan khidmat melupuskan data peminjam dengan mengenakan caj RM2,000 yang didakwa mampu menghapuskan data pinjaman sekali gus membebaskan individu itu daripada membayar balik pinjaman.Turut dikesan perkara yang serupa, penggodam menceroboh Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer Pejabat Tanah dan Galian (PTG) di beberapa negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dikatakan menggunakan 'orang dalam' bertujuan memalsukan geran tanah.
Sumber daripada Mymetro
About Me
- ZDIN
- Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
- Jom segarkan minda....hidup mesti ceria.. *koleksi email dari kekawan*...jom layan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment