salam singgah semoga ceria selalu.

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Jom segarkan minda....hidup mesti ceria.. *koleksi email dari kekawan*...jom layan

Sunday, November 23, 2008

Lanun Somalia hidup mewah

MOGADISHU - Kumpulan-kumpulan lanun yang kian bergerak aktif di Somalia dilihat membina banyak rumah batu, memandu kereta mewah, berkahwin dengan wanita cantik dan mengupah tukang masak untuk menyediakan makanan barat kepada tahanan mereka. Di dalam sebuah negara yang dianggap miskin, mereka muncul sebagai wira kerana merupakan satu-satunya kelompok yang berjaya menggerakkan ekonomi di bandar tersebut. “Lanun bergantung kepada kami dan kami juga mendapat faedah daripada mereka,” kata seorang pemilik kedai di Harardhere, Sahra Dahir. Di bandar-bandar seperti Eyl dan Bossaso, ekonomi berkembang dengan baik apabila kumpulan-kumpulan lanun ini menerima bayaran wang tebusan dan setakat tahun ini mereka berjaya mengumpulkan kira-kira AS$30 juta wang tebusan. “Kini terdapat lebih banyak kedai dan perniagaan dibuka kerana lanun-lanun ini,” kata seorang pemilik kedai pakaian di Eyl, Sugule Dahir. Kawasan perkampungan tersebut kini memiliki kedai telefon dan kafe internet untuk kemudahan penduduk. Penduduk di bandar Harardhere dilaporkan keluar beramai-ramai dan meraikan kejayaan kumpulan lanun merampas kapal minyak milik Arab Saudi minggu ini.

sumber sinar harian

No comments: