salam singgah semoga ceria selalu.

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Jom segarkan minda....hidup mesti ceria.. *koleksi email dari kekawan*...jom layan

Sunday, November 9, 2008

Ratu Biri-biri


DI Kelantan, pertandingan haiwan cantik seperti ayam serama, cengkerik, ikan ‘flowerhorn’, burung merbuk, tekukur serta lembu dipertontonkan kepada rakyat negeri ini sejak beberapa tahun lalu sehingga ia dijadikan acara wajib tahunan bagi peminat setianya. Sejak dua tahun kebelakangan ini, muncul satu kategori pertandingan membabitkan haiwan yang jarang diadakan di negeri lain iaitu pertandingan biri-biri cantik.Jika sebelum ini ramai menjauhkan diri daripada kambing atau biri-biri kerana bau badannya yang hamis, kini ada yang rela memeluk dan membelai kedua-dua haiwan itu seperti kucing.Lebih menarik, sebahagian besar biri-biri berkenaan memiliki surat beranak dan nama ‘glamor, antaranya Awe Donde, Siti Payung, Jenny, Cindai, Castello, Siti Ara, Minah dan Hitler.Pada setiap pertandingan, ‘kecantikan’ serta ‘kejelitaan’ biri-biri yang mengambil bahagian menjadi tumpuan kerana haiwan terbabit biasanya didandan serta dihias indah.Pemilik haiwan itu turut menggosok gigi biri-biri mereka dengan menggunakan berus gigi ‘gergasi’ bagi memastikan ia sentiasa kelihatan putih berseri.

sumber : mymetro

No comments: