salam singgah semoga ceria selalu.

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Jom segarkan minda....hidup mesti ceria.. *koleksi email dari kekawan*...jom layan

Thursday, September 25, 2008

PANGGILAN ALLAH

Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup>>>

1. Panggilan pertama adalah Azan.
>>> "Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas
> terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita sholat,> sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih> fleksibel,> Dia tidak "cepat marah" akan sikap kita. Kadang kita terlambat, bahkan> tidak sholat sama sekali karena malas. Allah tidak marah seketika. Dia> masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi umatNya,> baik> umatNya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan> membalas umatNya ketika hari Kiamat nanti".>>>

2. Panggilan yang ke -2 adalah panggilan Umrah/Haji .

>>> Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan> panggilan yang halus dan sifatnya "bergiliran" . Hamba yang satu> mendapatkan> kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. Jalannya bermacam-macam.> Yang tidak punya wang menjadi punya wang, yang tidak merancang pula akan> pergi, ada yang memang merancang dan terkabul. Ketika kita mengambil> niat> Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan "Labaik Allahuma Labaik",> sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua. Saat> itu> kita merasa bahagia, karena panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun> panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi> yang mampu".>>>

3. Dan panggilan ke-3 adalah KEMATIAN .

>>> Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan kasus,> Allah> tidak memberikan tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu> menjawab> dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal sholeh.> Karena> itu manfaatkan waktumu sebaik-baiknya. ..Jawablah 3 panggilan Allah> dengan> hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah.... .......Insya Allah syurga> adalah> balasannya.. ..."

>>>>>> renungkan lah bersama ......

MANUSIA PERLU SMART.. MALU KAT KAWAN DI BAWAH





Wednesday, September 24, 2008

TEKNOLOGI TERKINI - KENDERAAN JIMAT PETROL


Petrol naik tak perlu risau. Berita terkini, Jepun telah berjaya mencipta kenderaan yang paling menjimatkan petrol. Pada hari pertama dilancarkan telah mendapat sambutan yang paling luar biasa dari pembeli dan telah mendapat lebih 2 juta tempahan.................................

KUMPULAN ROCK - teringat kenangan di smk seri lipis dan smk pahi

1) Kumpulan Rock yang telah mengerjakan Haji. KUMPULAN BAJI

2) Penyanyi yang sering fail dalam karangan sebab guna noktah kat depan ayat. TITEK PUSPA

3) Penyanyi yang paling demand. HETTY COST ENDANG

4) Kumpulan yang berasal dari Bukit Gasing. KUMPULAN SPIN

5) Penyanyi yang paling berat dalam sejarah. ABOT (dalam bahasa jawa bermaksud berat)

6) Kumpulan Orang Asli Paling Berjaya. O.A.G (Orang Asli Gombak)

7) Kumpulan yang paling murah menerima bayaran. SCOIN (pakai syiling jer)

8)Kumpulan Nasyid yang terdiri dari orang jawa. AL-JAWAHER

9) Kumpulan Rock yang Paling wangi. MAY (Bau Sabun)

10) Kumpulan Rock Paling Bahaya. AMUK

11) Kumpulan Rock Yg Terdiri dari Bomoh Professional. MANTERRA

12) Kumpulan Rock yang takut mandi pagi. GIEGIEL

13) Kumpulan Rock yang selalu kena migrain. HEADWIND

14) Kumpulan yang mudah berpecah. KRISTAL

15) Kumpulan Rock yang makan nasi pakai tangan kiri. LEFTHANDED

16) Kumpulan yang ada power. KEMBARA (sebab ader DVVT)

17) Kumpulan yang terdiri dari pesawah. PADI

1 8)Kumpulan yang paling popular di pagi raya. TOO PHAT

19) Penyanyi kesukaan David Beckam. SITI SARAH

20) Penyanyi yang sentiasa tua. TO’KI

21) Kumpulan yang kejap cantek kejap hodoh. PRETTY UGLY

22) Kumpulan yang takleh nyanyi kat Europe. METALASIA

23) Kumpulan yang boleh lihat tapi tak leh pegang. 4U2C

24) Penyanyi yang tak pernah kena speed trapppp. MELLY GOESLOW

25) Kumpulan yang sentiasa menyambut “HARI GURU”. TEACHERS PET

26) Kumpulan yang susah nak sakit. MEDICINE

27) Kumpulan yang berkerjaya tapi pendek umur. DR. KRONIK

28) Kumpulan yang buat show kat everest. IKLIM

29) Kumpulan yang kena samak apabila di sentuh. BLACK DOG BONE

31) Kumpulan yang paling di hormati. KUMPULAN DEWA

32) Kumpulan yang memperkenalkan Roti Boy di Midvalley. NEW BOYZ

33) Kumpulan yang menggunakan paling popular di jalanraya. KUMPULAN NASYID HIJJAZ (Honda Jazz tuh)

34) Kumpulan yang tak akan buat show pada bulan lain kecuali bulan 9. SWEET SEPTEMBER

35) Kumpulan berani mati. KAMIKAZE

36) Kumpulan yang selalu gi konvoi. XPDC

p/s teringat kenangan semasa di smk seri lipis dan smk pahi

SELUAR RAYA




Peningkatan kos barangan harian sejak kebelakangan ini memberi tamparan yang hebat kepada pengguna. Bagi mengatasi masalah ini nah jalan penyelesaiannya..................................... amacam ok tak

Yakjuj & Makjuj (berita gempar dari NASA!!!




WASHINGTON -- Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan > mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People > hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk > memasuki United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji > purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi - dan > mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam > ...> Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan > gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum 'orang gua' ini.> "Cerita ini harus diberitahu," kata sumber itu. "Ia terlalu besar > untuk disorok". Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar > mengenai Mole People. "Nampaknya mereka seperti kaum yang peramah", > beliau berkata, "Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi > dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka > tidak tahu bahasa English".> "Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang > untuk ke muka Bumi (surface world)", kata sumber itu.> "Dengan demikian, President Bush mengendalikan situasi ini dengan > penuh berhati-hati.> "Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan > perang> >dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. > >Kami> baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole > tinggai di situ. "Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin > berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar > bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi".> Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia - dan juga > sedikit perbezaan.> "Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh > lebih tinggi dari manusia biasa - setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. > Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti > kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole"> "Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang melampau > dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi".> "Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia > dengan makhluk ini suatu ketika dahulu - mereka bercakap di dalam > bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama.> Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem > otot-otot yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas.> "Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole > menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang beliau".> "Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir > menjatuhkan beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan > hidup>> dari insiden itu".> Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi - pakaian, > alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahansegar.> "Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpestadan > bersukaria", mengikut kata sumber.> "Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri > memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi".> NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. "Kami mahu tahu > segala-galanya mengenai mereka - apa yang mereka makan,bagaimana > mereka tinggal dan yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka > dengan kaum manusia".> "Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di > dalam aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang > manusia moden hari ini secara genetiknya ?"> Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole.> "Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari > angkasa atau saki baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang > Hilang. Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupun peramah > dan sanggup bekerjasaman? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan > mineral di bawah Bumi? Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau > kita?> Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka > ruang angkasa - telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi?> Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah > menerima tekanan hebat dari wartawan, jurucakap White House > menjanjikan informasi yang dibenarkan oleh White House untuk > disebarkan. Teapi beliau telah memberi amaran "mungkin tidak untukjangkamasa yang terdekat".> Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan > Ogos ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama > Operation Mole Hole - satu inisiatif dimana wartawan sekarang percaya > ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan "teknologi bawah tanah".> Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah > tanah di kawasan sekitar Washington State's Mount Shasta, gua Mammoth > di Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S > mengikut kata sumber. Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang > kewujudan makhluk di bawah muka Bumi. Sekarang, buat pertama kalinya, > spekulasi itu telah dibuktikan kesahihannya. Tetapi samada > makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan masih tidak diketahui
p/s - Tak nak komen

Monday, September 22, 2008

Tanda 100 hari sebelum hari mati

Tanda 100 hari sebelum hari mati



Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.



Tanda 40 hari sebelum hari mati



Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.



Tanda 7 hari



Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.



Tanda 3 Hari



Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.



Tanda 1 Hari



Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untukmenemui waktu Asar keesokan harinya.Tanda AkhirAkan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.Saling berpesan2lah sesama kita .

KISAH DAN TELADAN

Ibuku seorang pembohong ???
Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian. Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…

AGAMA

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid,tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.

CINTA

Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas.Bila bas tu datang, awak nengok bas tu dan awak kata pada diri awak,"Eee...penuhnya. ..tak de tempat duduk." Jadik,awak katakan pada diri awak, "Saya akan tunggu bas yg lain." Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain. Kemudian, datang pulak bas yg kedua.Awak nengok bas tu dan awak akan cakap, "Eee...bas ni buruk sgt... mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan." Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata,"Emmm... tak de air-cond...cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain."Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya.Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa...awakdah naik bas yg salah. Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awaknak....Walaupun yg datang tu adalah bas yang berair-cond,adakah awak dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak?

Jadik, mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan?Sekiranya awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu.Tapi...saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni.Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti-nantikan) , awak tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak!....Bila ada bas yang lalu melintasi saya macamtu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN!Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri.Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu...semuanya terpulang pada diri awak.Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!

INFO SIHAT

TAHUKAH anda ceri disembur dengan racun makhluk perosak sehingga 7 kali sebelum dieksport? Lemon pula disembur, antaranya dengan 2,4-D- komponen utama toksin yang digunakan untuk membersihkan hutan dalam Perang Vietnam- sebelum dihantar kepada kita?

Hakikatnya, apabila anda menjamah epal, oren, pisang, mangga dan buah-buahan lain yang kelihatan tiada cacat celanya, anda turut memakan sejumlah bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser. SUMBER - Persatuan Pengguna Pulau Pinang