salam singgah semoga ceria selalu.

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Jom segarkan minda....hidup mesti ceria.. *koleksi email dari kekawan*...jom layan

Sunday, November 23, 2008

creative video - amazing movements

Lanun Somalia hidup mewah

MOGADISHU - Kumpulan-kumpulan lanun yang kian bergerak aktif di Somalia dilihat membina banyak rumah batu, memandu kereta mewah, berkahwin dengan wanita cantik dan mengupah tukang masak untuk menyediakan makanan barat kepada tahanan mereka. Di dalam sebuah negara yang dianggap miskin, mereka muncul sebagai wira kerana merupakan satu-satunya kelompok yang berjaya menggerakkan ekonomi di bandar tersebut. “Lanun bergantung kepada kami dan kami juga mendapat faedah daripada mereka,” kata seorang pemilik kedai di Harardhere, Sahra Dahir. Di bandar-bandar seperti Eyl dan Bossaso, ekonomi berkembang dengan baik apabila kumpulan-kumpulan lanun ini menerima bayaran wang tebusan dan setakat tahun ini mereka berjaya mengumpulkan kira-kira AS$30 juta wang tebusan. “Kini terdapat lebih banyak kedai dan perniagaan dibuka kerana lanun-lanun ini,” kata seorang pemilik kedai pakaian di Eyl, Sugule Dahir. Kawasan perkampungan tersebut kini memiliki kedai telefon dan kafe internet untuk kemudahan penduduk. Penduduk di bandar Harardhere dilaporkan keluar beramai-ramai dan meraikan kejayaan kumpulan lanun merampas kapal minyak milik Arab Saudi minggu ini.

sumber sinar harian

Perlu ada kod etika penulis blog, komuniti Internet

KUALA LUMPUR 22 Nov. - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar mahu satu kod etika diwujudkan sebagai panduan kepada penulis blog dan komuniti Internet (Netizen) ketika menulis pandangan dan membuat laporan melalui ruang siber.
Beliau berkata, penulisan dan laporan blog kini bukan lagi satu aktiviti mengisi masa lapang, sebaliknya telah berubah menjadi satu jenama dan banyak pihak mendapat keuntungan melalui blog serta portal berita.
Katanya, lebih penting lagi, budaya blog semakin menyentuh kehidupan lebih ramai rakyat Malaysia yang berpeluang mencapai lebih banyak sumber berita dan maklumat.
''Dengan peralatan yang begitu berkuasa, penulis blog mampu mempengaruhi pembaca dan membentuk perspektif mereka. Penulis blog mampu menyatupadukan komuniti dan mereka juga boleh memecahbelahkan mereka.
''Menjadi hasrat kita supaya penulis blog meneruskan kegiatan mereka seiring dengan harapan negara untuk memastikan keamanan dan kemajuan dicapai secara lestari," katanya .
Syed Hamid berkata, penulis blog khususnya dan rakyat Malaysia perlu sentiasa mementingkan komposisi masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan keturunan.
Katanya, rakyat Malaysia mesti menggunakan semangat tolak ansur, perpaduan dan harmoni untuk terus membina bangsa yang maju dan bersatu padu.
''Kita mempunyai tanggungjawab bersama untuk mengekalkan keselamatan dan kestabilan negara kerana ia penting kepada kemakmuran negara," katanya.

sumber utusan online

Saturday, November 22, 2008

Meriahnya hari keluargaku - keluarga bahagia

Aku dari keluarga yang besar.... sekali-sekala dapat berkumpul tentu seronok jugak. Biasanya dapat berkumpul pada cuti raya jer. Cuti tahun kami telah membuat program lawan bowling berpasangan..gempak dibuatnya..banyak kerenah anak-anak..di tempat perlawanan hingga tak terkawal. pening kepala nak kawal.


Bergambar bersama hadiah selepas lawan bowling

video di KB Mall Bowl

video makan ramai-ramai kat rumah emak selepas penat lawan bowling

Hujung Dunia - end of the world




Be nice to your computer.....

Wednesday, November 12, 2008

Monday, November 10, 2008

Berkhatan elak AIDS

Pendedahan bahawa berkhatan boleh mengurangkan risiko dijangkiti virus HIV sehingga 60 peratus menyebabkan ribuan lelaki Swaziland mencuba teknik itu.


sumber : kosmo online

Ikan aneh ditemui


LANGKAWI 9 Nov. - Seorang nelayan terkejut apabila menangkap seekor ikan yang jarang dilihat ketika sedang menyauk sotong di kawasan laut lepas Kilim Geoforest Park di sini baru-baru ini.
Afandi Ali, 37, berkata, sepanjang lebih 20 tahun menjadi nelayan, dia jarang melihat ikan aneh atau lebih dikenali sebagai 'ikan katak' itu yang berukuran kira-kira sembilan sentimeter.
Ikan tersebut mempunyai sirip di hadapan yang menyerupai tangan serta sirip di belakang yang menyerupai kaki.


sumber : utusan online

Selamatkah Maklumat Anda

SEDARKAH kita kehidupan tanpa maklumat, tanpa berita dan tanpa ilmu pengetahuan boleh menjadikan individu umpama hidup pada zaman batu?. Frasa ini turut merujuk betapa berharganya maklumat yang memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia apatah lagi ketika kita menuju ke era globalisasi.
Kajian firma penyelidikan, InfoWatch meliputi negara di Asia Pasifik-Jepun dan Amerika Syarikat, mendapati punca kebocoran maklumat adalah berpunca dari perbuatan sabotaj yang kebanyakannya berpunca dari angkara pihak dalaman. InfoWatch mengesan 185 kebocoran data didaftarkan dalam pangkalan datanya sepanjang enam bulan pertama 2008. Kehilangan data peribadi dianggap paling tinggi iaitu 95 peratus berbanding kebocoran data yang membabitkan rahsia komersial dan rahsia kerajaan."Aktiviti pengiklanan, penukaran, penjualan dan pembelian maklumat pelayar seperti akaun bank, kad kredit, akaun eBay, PayPal dan kata laluan e-mel adalah tujuan penggodam untuk memecah masuk komputer pelayar dengan menggunakan perisian tertentu. Symantec turut melaporkan 499,811 maklumat dicuri dan dijual ke dalam pasaran gelap," katanya.Kes kecurian dan kehilangan data membabitkan badan kerajaan seperti pencerobohan sistem pangkalan data Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menggemparkan negara kerana dilihat sistem keselamatan agensi itu tidak kukuh hingga mampu dicerobohi penggodam. Segala maklumat peminjam yang keseluruhannya adalah penuntut institusi pengajian tinggi (IPT), dipadam terus daripada pangkalan data PTPTN. Malahan sindiket yang didalangi penggodam komputer cuba membuat keuntungan melalui iklan khidmat melupuskan data peminjam dengan mengenakan caj RM2,000 yang didakwa mampu menghapuskan data pinjaman sekali gus membebaskan individu itu daripada membayar balik pinjaman.Turut dikesan perkara yang serupa, penggodam menceroboh Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer Pejabat Tanah dan Galian (PTG) di beberapa negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dikatakan menggunakan 'orang dalam' bertujuan memalsukan geran tanah.

Sumber daripada Mymetro

Sunday, November 9, 2008

Ikan Naga - Dragon Fish

sumber dari youtube

Ikan Berkepala Buaya - crocodile fish

sumber dari youtube

Ratu Biri-biri


DI Kelantan, pertandingan haiwan cantik seperti ayam serama, cengkerik, ikan ‘flowerhorn’, burung merbuk, tekukur serta lembu dipertontonkan kepada rakyat negeri ini sejak beberapa tahun lalu sehingga ia dijadikan acara wajib tahunan bagi peminat setianya. Sejak dua tahun kebelakangan ini, muncul satu kategori pertandingan membabitkan haiwan yang jarang diadakan di negeri lain iaitu pertandingan biri-biri cantik.Jika sebelum ini ramai menjauhkan diri daripada kambing atau biri-biri kerana bau badannya yang hamis, kini ada yang rela memeluk dan membelai kedua-dua haiwan itu seperti kucing.Lebih menarik, sebahagian besar biri-biri berkenaan memiliki surat beranak dan nama ‘glamor, antaranya Awe Donde, Siti Payung, Jenny, Cindai, Castello, Siti Ara, Minah dan Hitler.Pada setiap pertandingan, ‘kecantikan’ serta ‘kejelitaan’ biri-biri yang mengambil bahagian menjadi tumpuan kerana haiwan terbabit biasanya didandan serta dihias indah.Pemilik haiwan itu turut menggosok gigi biri-biri mereka dengan menggunakan berus gigi ‘gergasi’ bagi memastikan ia sentiasa kelihatan putih berseri.

sumber : mymetro

Saturday, November 8, 2008

Tujuh Keajaiban Dunia

Sekelompok siswa-siswi kelas geografi sedang mempelajari "Tujuh Keajaiban Dunia." Pada awal pelajaran, mereka diminta untuk membuat senarai apa yang mereka fikir merupakan "Tujuh Keajaiban Dunia" ketika ini. Walaupun ada beberapa ketidak- sesuaian, sebahagian besar senarai diperolehi:

1) Piramid
2) Taj Mahal
3) Tembok Besar Cina
4) Menara Pisa
5) Kuil Angkor
6) Menara Eiffel
7) Kuil Parthenon

Ketika mengumpulkan senarai pilihan, pensyarah memperhatikan seorang pelajar, seorang gadis yang pendiam, yang belum mengumpulkan kertas kerjanya. Jadi, pensyarah bertanya kepadanya apakah dia mempunyai kesukaran membuat senarainya.Gadis pendiam itu menjawab, "Ya, sedikit. Saya tidak dapat memilih kerana sangat banyak. Pensyarah berkata, "Baik, katakan pada kami apa yang kamu miliki, dan mungkin kami dapat membantu memilihnya."Gadis itu ragu sejenak, kemudian membaca, "Saya fikir, "Tujuh Keajaiban Dunia" adalah,

1) Dapat melihat,
2) Dapat mendengar,
3) Dapat menyentuh,
4) Dapat menyayangi, Dia ragu sebentar, dan kemudian melanjutkan,
5) Dapat merasakan,
6) Dapat tertawa,
7) Dan, Dapat mencintai

Ruang kuliah tersebut sunyi seketika.Pengajaran Cerita Ini:Alangkah mudahnya bagi kita untuk melihat pada eksploitasi manusia dan menyebutnya "keajaiban". Sementara kita lihat semua yang telah Tuhan kurniakan untuk kita, kita menyebutnya sebagai "biasa".Semoga anda hari ini diingatkan tentang segalanya yang betul-betul ajaib dalam kehidupan anda.

Don't ever complain about your job











Perihal Kuku

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw.. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari:
1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari:
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Killer Whale







Friday, November 7, 2008

HATI-HATI KALAU MEMAKAI PC DI TEMPAT UMUM




HATI2 KALAU MEMAKAI PC DI TEMPAT UMUM (SEPERTI INTERNET CAFE, DLL...)CEK BELAKANG PC DAN LIHAT APAKAH ALAT INI ADA DI BELAKANG PC, BILA ADA, JGN PAKAI PC ITU!!!!

Alat ini dicucuk di hujung cable keyboard yg terhubung ke PC, ini digunakan untuk menyimpan semua data yg telah diketik oleh keyboard itu...Kebanyakan ini dipakai di Internet kafe, pameran, hotel Dan lapangan terbang. Maka berhati2lah terutama anda yg menggunakan Internet di tempat seperti itu untuk mengakses account bank online atau site penting lainnya.Setelah anda masuk ke account bank, Dan setelah selesai, meninggalkan PC, itu akan dgn mudahnya untuk membuka account itu kembali dgn apa yg sebelumnya anda ketik, yg telah tersimpan di dlm Black Device.Jadi, sebaiknya anda periksa dahulu PC jika Ada sesuatu yg mencurigakan di belakangnya sebelum menggunakan Internet di tempat umum untuk mengakses site pentingSemoga informasi ini berguna untuk anda semua.. Dan mencegah terjadinya hal2 yg tdk diinginkan

Sunday, November 2, 2008