salam singgah semoga ceria selalu.

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Jom segarkan minda....hidup mesti ceria.. *koleksi email dari kekawan*...jom layan

Monday, July 26, 2010

Nilai Kasih Ibu

Disunting dari Al Ansar

Seorang  anak  mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas bertulis sesuatu.

Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yan dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos Upah Membantu Ibu :

Tolong pergi kedai       RM 4.00
Tolong jaga adik          RM 4.00
Tolong buang sampah  RM 1.00
Tolong kemas bilik       RM 2.00
Tolong siram bunga      RM 3.00
Tolong sapu sampah    RM 3.00
Jumlah                         RM 17.00

Selesai membaca, si ibu senyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulus sesuatu di belakang kertas yang sama.

Kos mengandungkan mu selama 9 bulan   - PERCUMA
Kos berjaga malam kerana menjagamu     - PERCUMA
Kos airmata yang menangis kerana mu      - PERCUMA
Kos Rungsing kerana bimbangkan mu       - PERCUMA
Kos menyediakan makan, minum, pakaian - PERCUMA
Jumlah keseluruhan Nilai Kasihku              - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang ditulis oleh si ibu. si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,"saya sayangkan ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "telah dibayar".

No comments: