About Me
- ZDIN
- Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
- Jom segarkan minda....hidup mesti ceria.. *koleksi email dari kekawan*...jom layan
Thursday, August 13, 2009
kasih sayang yg tak berpenghujung. .. ..
Assalamualaikum. .. > kasih sayang yg tak berpenghujung. .. .. > > > Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. > Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan > anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah. > > Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia > meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan > panjang sedepa di tangan ayah. > > "Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar. > > Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua > kami membisu,cuma tunduk memandang lantai. > > "Baik,kalau tak mengaku,dua- dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat > tang an untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. > > Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya > sambil berkata, "Saya yang ambil!" > > Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, > hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah > kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik > tak tumpah. > > Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut: > > "Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan > kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?" > > Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang > berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. > Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. > > Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang > takut berkata benar. > > Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu > berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!" > > Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. > > Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku > bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah > berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat > pra-universiti. > > Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di > ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang > dalam pelajaran. Abang bangga sekali!" > > "Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak. > > "Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?" > > Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu. > "Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!" > > Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung > wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam. > > Panggggg.... sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu > aku lakukan ialah menutup muka dan menangis. > > "Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan > kamu, ayah akan lakukan!" > > "Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa > keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu > minyak pada pipinya yang bengkak. > > "Kakak perempuan... .. biarlah kakak yang berhenti." > > Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa > bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat > dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.... . > > "Kak.....untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja > dan akan kirim wang buat akak." > > Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup > kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah. > > Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: " Ada pemuda > kampung tunggu kau kat luar!" > > "Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?" > > Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan > pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang > kampung, sebutlah adik yang datang!" > > Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang > akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?" > > Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya.. Aku cukup > tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas > bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik. > > Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa > orang lain kata." > > Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia > mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis > pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak." > > Aku kaku.. Sepatah kata pun tak terucap.. Aku rangkul adik dan dadanya > dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan. > > Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku > lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu. > > "Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik." > > "Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka." > > Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan. > > "Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya. > > "Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan > serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. > > Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja > keras." > > Apalagi...aku menangis seperti selalu. > > Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan > menawarkan jawatan pengurus kepada adik. > > "Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik. > > "Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik > ada." > > "Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk. > > "Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan > kesedihannya. > > Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah > tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara > majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?" > > Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantas > menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.. > > "Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke > sekolah..Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai > kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia > berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah > sebab tertikam tunggul dan calar-balar. " > > "Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja > demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai > bila-bila." > > Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik > sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria. > > Ya Allah Ya Tuhanku....aku redha akan ujian dari-MU..pintaku, berikanlah aku kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi semua ini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment