salam singgah semoga ceria selalu.

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Jom segarkan minda....hidup mesti ceria.. *koleksi email dari kekawan*...jom layan

Friday, October 9, 2009

DUYUNG

PENEMUAN MENGEMPARKAN .......LIHAT VIDEO DARI YOUTUBE DIBAWAH

Thursday, October 1, 2009

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI SMK PAHI

Bersama pelajar 5PD




Guru SMK pahi


Pelajar SMK pahi yanag cun melecun



Hero SMK Pahi





Pertunjukan fesyen pelajar MPV.. syabas cikgu Faizam...hebat

Sunday, September 6, 2009

Kerajaan kaji bonus kakitangan awam

KSN bincang dengan Cuepacs untuk tindakan lanjut

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan sedang berbincang dengan Cuepacs mengenai tuntutan bayaran bonus untuk kakitangan awam pada tahun ini.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan sedang dalam perundingan mengenai perkara itu.

"Tunggulah...KSN tengah berbincang dengan Cuepacs," katanya pada sidang media selepas meninjau keadaan kuarters Jabatan Kerja Raya (JKR) di di Batu 2 1/2 Jalan Cheras kira-kira setengah jam, di sini, semalam.

Sementara itu, Presiden Cuepacs, Omar Osman percaya kerajaan akan memberi keputusan positif mengenai bonus atau wang sagu hati kepada kira-kira 1.2 juta kakitangan awam untuk tahun ini.


Beliau berkata, Cuepacs berharap bonus kali ini dibayar sebelum Aidilfitri.

Katanya, pihaknya sudah menghantar surat mengenai tuntutan bonus itu baru-baru ini kepada Najib untuk mendapatkan pertimbangan sewajarnya.

"Kita belum mendapat reaksi balas mengenai perkara itu tetapi Cuepacs berharap kerajaan tidak mengecewakan harapan 1.2 juta kakitangan awam terutama bagi mereka yang berada dalam Kumpulan Sokongan Satu dan Dua yang amat mengharapkan sedikit sumbangan untuk persediaan menyambut Aidilfitri.


"Cuepacs tidak memaksa...terserah kepada kerajaan berapa jumlah sanggup dibayar (bonus atau sagu hari). Yang penting kita (kakitangan awam) dapat menikmatinya dan kalau dibayar sebelum raya lagi bagus," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Tahun lalu, setiap kakitangan kerajaan menerima bonus sebulan gaji atau sekurang-kurangnya RM1,000.

Omar berkata, Majlis Tertinggi Cuepacs akan bermesyuarat Selasa ini bagi membincangkan lebih lanjut mengenai permintaan bonus atau sagu hati tahun ini.

sumber: berita harian online

Friday, September 4, 2009

Bonus kakitangan Awam 2010

Kakitangan awam harap dapat bonus sebelum raya

KUALA LUMPUR 25 Ogos - Penjawat awam berharap kerajaan akan mengumumkan pemberian bonus sebelum Hari Raya Puasa ini walaupun bajet 2010 dijadual dibentangkan pada 23 Oktober.

Perkara itu diluahkan beberapa penjawat awam dalam laman web 1Malaysia milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, baru-baru ini.

Mayau Sarikei dari Sarawak berkata, setiap kali menjelang perayaan Aidilfitri, beliau dan isterinya akan berbelanja lebih sedikit daripada kebiasaan.

"Bagaimanapun, pada sambutan Hari Lebaran tahun ini, saya dan isteri kena mengurangkan sedikit perbelanjaan berikutan kami berpendapat sidang Belanjawan 2010 hanya akan berlangsung pada Oktober depan".

Beliau berkata, ini bermakna peruntukan untuk memberi bonus kepada penjawat awam menjelang hari raya mungkin tidak dapat dilakukan.

"Oleh demikian, kami berharap YAB Datuk Seri dapat mencari jalan untuk memberi bonus kepada kakitangan awam bagi menambah persiapan untuk hari raya ini," katanya.

Cadangan beliau disokong individu yang hanya menggelarkan dirinya sebagai penjawat awam yang berkata, memandangkan harga barangan keperluan harian telah meningkat secara mendadak ia amat menggusarkan semua penjawat kerajaan.

"Dengan tiadanya bonus agak menyukarkan kami penjawat awam untuk membuat persiapan hari raya," katanya.

Justeru, beliau berharap Najib yang juga Menteri Kewangan dapat mempertimbangkan permintaan itu dan memberi bonus sekurang-kurangnya RM1,000 kepada setiap penjawat awam, yang dibayar secara berperingkat iaitu sebelum raya dan pada pertengahan Disember.

Sementara itu, menerusi laman web yang sama, Jayiddin Simon pula mencadangkan agar kerajaan memansuhkan bayaran lesen memandu untuk mengurangkan beban rakyat. - BERNAMA

sumber utusan online

Friday, August 28, 2009

Rahsia Asal Usul Tarian Poco-poco (insaf diri..)

Rahsia Asal Usul Tarian Poco-poco.

Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan-rakan semua tantang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri-suri rumah dan badan-badan kerajaan ketika manghadiri kursus.

Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib.

Mungkin kita tak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh-musuh islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan.

Saya dulu pernah terfikir, kenapa tarian itu dimulakan dari kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman?

Saya menyeru kepada diri anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi ‘menarikan’ lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan ‘keasyikkan’ menarikan tarian ini.

Haaa, siapa minat menari poco-poco? Pernah menari poco? Saya dulu pernah gak sekali menari poco-poco, sebab kena paksa ngan boss untuk ikut sama menari dalam satu majlis yang dianjurkan oleh syarikat.

http://pakarhowto. com/rahsia/ rahsia-tarian- poco-poco. html#more- 1233

Monday, August 24, 2009

Gaji kakitangan awam tak masuk?

Pagi ni aku mendapat mesej dan panggilan dari kekawan mengatakan gaji tak masuk lagi(macam ler aku ni kerani yang buat gaji). Biar betul.... terus aku check kat internet.... ya betul... kenapa tak masuk lagi... biasa gaji masuk ontime jer....aku dah gelabah.. camna ni.. banyak benda nak kena settle ari ni...pagi ni aku dah tak buat benda lain dah..asyik check gaji kat internet jer. almaklumlah gaji tak perrrnah cukup he he .....last2 pd kul 10.44 pagi debooooooooooot dah masuk dah...terus tipon kekawan... lega......

H1N1 : Kita Lapor Secara Telus, Jujur ?

Lawatilah kediaman saya dan rakan-rakan di http://groups. yahoo.com/ group/pakbelangFacebooking di e_belang@yahoo. com

‘H1N1: Kita lapor secara telus, jujur’

TAN Sri Dr. Ismail Merican hairan kerana alamat e-mel peribadinya diketahui orang lain sedangkan ia tidak pernah didedahkan.
Sebagai Ketua Pengarah Kesihatan yang menjadi rujukan utama kerajaan, media dan rakyat ketika negara dilanda pandemik selesema babi atau Influenza A (H1N1) saat ini, beliau memberitahu butiran kandungan e-mel itu ada kalanya agak ‘menusuk’ dan ketikanya pula bernada positif.
“Antaranya mendakwa kami (Kementerian Kesihatan) beri maklumat tidak tepat serta mengelirukan mengenai H1N1, tidak lakukan apa yang sepatutnya dan persoalkan kenapa tidak bagi kemudahan lebih pada hospital.
“Tetapi mereka ini hanya pandai tulis dan lempar kritikan tetapi tidak tahu bahawa saya dan anggota saya bekerja setiap masa sehingga ke dinihari.
Begitupun saya tidak ‘melatah’, mana yang sempat saya jawab, saya jawab. Bagi saya, orang ramai kena pupuk kesedaran yang tinggi mengenai risiko H1N1 ini, kalau kita suruh pakai penutup mulut, pakailah,” katanya kepada wartawan Utusan Malaysia, ZULKIFLI JALIL dan HASHNAN ABDULLAH serta jurugambar SAIFUL BAHARI ASHARI di pejabat beliau di Putrajaya, Khamis lalu.
Dr. Ismail percaya H1N1 yang mudah merebak sepantas ‘memetik jari’ daripada penghidapnya yang hanya bersin atau batuk di tempat awam, mampu dibendung jika semua pihak berdisiplin.
Utusan: Apa sebenarnya H1N1?
DR. ISMAIL: H1N1 adalah sejenis penyakit selesema (Influenza). Ia disebabkan oleh virus selesema. Virus ini mampu menjangkiti manusia menerusi saluran pernafasan. H1N1 adalah satu virus baru dan bukan biasa. Ia wujud dengan gabungan tiga jenis virus iaitu selesema burung, selesema bermusim dan selesema babi. Bila dikategorikan baru, ia senang dijangkiti sebab kita tidak memiliki daya ketahanan langsung.
H1N1 mempunyai dua ciri. Pertama ia senang dan mudah sangat dijangkiti. Ia merebak ke seluruh dunia dalam masa enam minggu sahaja dan ini disebabkan oleh perjalanan. Ciri kedua, ia tidak begitu serius berbanding dengan H5N1. Tetapi dalam banyak kes, ia lebih mudah dijangkiti oleh mereka yang dalam lingkungan umur produktif iaitu antara 20 hingga 45 tahun.
Risiko mereka yang mempunyai penyakit kronik untuk dijangkiti lebih tinggi berbanding orang biasa. Bagi selesema biasa, ia selalunya menjangkiti mereka yang berumur lebih 65 tahun atau kanak-kanak.
H1N1 ini tidak seperti selesema lain. Selesema lain itu memang ada tanda-tanda demam, sakit tekak, batuk dan lain-lain. Sesetengah orang dapat gejala yang berlainan daripada selesema biasa seperti cirit birit dan muntah.
Jadi, saya telah maklumkan kepada doktor, jika seseorang itu menghidap demam atau cirit birit pun, kita kena berhati-hati kerana ketika ini, susah hendak dikenal pasti sama ada ada ia H1N1 atau keracunan makanan.
Apa tanda utamanya?
Demam panas yang tinggi suhunya iaitu 39 Celsius ke atas dan sesak nafas.
Kalau tidak ada penyakit lain, cuma demam, sesak nafas, sakit dada, batuk tidak berhenti, maka ini gejala-gejala yang berbahaya. Lebihlebih lagi, jika kita dalam risiko tinggi.
Kenapa ia lebih kerap menyerang mereka dalam kategori umur 20 hingga 45 tahun?
Kita tidak tahu kenapa kerana tiap-tiap penyakit ada ‘keunikan’ tersendiri.
Berapa cepat H1N1 ini boleh merebak?
Dalam tempoh singkat dan dalam lingkungan satu meter dari mereka yang batuk atau bersin.
Orang yang pergi pasar raya, gunakanlah topeng mulut untuk menghindarkan jangkitan kepada orang lain. Tetapi malangnya, kebanyakan daripada orang kita tidak pakai topeng. Dan jika waktu itu, ada pesakit yang asma atau obes, habislah mereka.
Begitupun, ada sesetengah pakai topeng itu macam berfesyen pula dengan meletakkannya di bawah dagu. Pada masa sama, yang selalu dibuat oleh individu apabila bersin dan batuk ialah dia tidak cuci tangannya dan dalam masa dua jam, virus akan membiak.
Apabila bersalam dengan orang lain, maka ia boleh merebak termasuk apabila dia menggosok mata atau hidung.
Kadang-kadang semasa dalam lif, penghidap H1N1 ini batuk dan dia kemudian tekan butang dan di butang itu ada virus. Datang orang lain, dia pula tekan butang itu dan dalam keadaan inilah virus itu tersebar. Sebab itulah kita harus tekankan kebersihan.
Sesetengah orang yang faham tentang risiko H1N1 ini sampai tidak mahu lagi bersalam. Tetapi di sini apabila orang menghulur tangan, takkan tidak disambut. Nanti dikatakan sombong pula. Sebab itu dalam poket kita kena ada sanitizer.
Kalau dipantau pula di sesetengah restoran atau hotel 5 bintang atau Hentian Rehat dan Rawat (R&R), tidak kelihatan pun sabun walaupun sering kali ia dicuci. Perkaraperkara ini nampak kecil atau remeh tetapi cukup mustahak.
Ada kemungkinan virus ini sengaja disebarkan untuk mengaut keuntungan menerusi penjualan vaksin?
Takkan manusia begitu kejam sekali. Saya fikir ini tidak berlaku.
Kenapa angka korban H1N1 di Malaysia begitu tinggi?
Sesetengah kes itu mungkin bukan dalam golongan H1N1. Ia macam penyumbang dan bukan secara langsung. Realitinya, 80 peratus daripada kes yang diterima berkaitan H1N1 setakat ini mempunyai simptom penyakit lain seperti kencing manis dan kegagalan jantung. Jadi, dengan sendirinya jika kita menghidap penyakit-penyakit ini, risikonya memang ada dan tinggi untuk menghidap penyakit lain termasuklah H1N1.
Sebenarnya, jika kita ambil ujian di kalangan orang ramai, didapati kebanyakannya sudah menghidapi H1N1 tetapi tidak menunjukkan kesan-kesan yang serius. Ini kerana kebanyakan kes H1N1 akan sembuh atau 95 peratus akan pulih.
H1N1 ini sudah ada dalam komuniti kita. Kalau kita buat ujian di tekak sekarang ini, mungkin sudah banyak ada H1N1.
Jadi, saya khuatir kita agak ghairah melaporkan statistik kematian ini. Diharap kematian yang dilaporkan ini tidak disalahtafsirkan oleh orang ramai.
Tetapi kita tidak salahkan orang ramai kalau beranggapan ada banyak kes yang meninggal dunia. Kerana itu sekarang ini kita telah mewujudkan satu kumpulan untuk mengkaji semua kematian yang telah berlaku setakat ini kerana ia satu angka yang amat banyak.
Kumpulan ini akan menganalisis kenapa kematian itu berlaku. Apakah faktor yang menyumbang kepada kematian itu? Sama ada berlaku kelemahan Kalau ada kelemahan, kita akan atasinya.
Tetapi setakat ini kalau kita lihat kes-kes kematian itu, 80 peratus mempunyai penyakit lain selain H1N1 – jantung, kencing manis dan radang paru-paru.
Jadi, kenapa tidak dikategorikan balik punca kematian H1N1 ini?
Pada mulanya kita laporkan, kalau H1N1, kita akan putuskan puncanya H1N1. Tetapi di sesetengah negara, mereka mempunyai kaedah lain. Mereka tengok betul-betul dan lapor lambat. Mereka kaji, kalau ada kesan secara langsung, barulah diputuskan puncanya adalah H1N1.
Namun di Malaysia, kita cepat memaklumkannya. Jadi, mungkin kita terlalu telus tetapi ia bukan satu kesalahan atau kesilapan. Cuma kita mahu maklumkan kepada orang ramai yang ada risiko tinggi, besar kemungkinan mereka akan dapat gejala yang serius berbanding orang lain.
Dan pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pun sudah berada di Malaysia ketika ini. Mereka mahu melihat angka kematian itu, sama ada cara kita laporkan itu sama dengan cara yang dilaporkan oleh negara lain.
Tetapi peliklah, Malaysia catat kematian yang banyak tetapi negara-negara sekitar begitu kurang. Itulah sebab kita mahu tengok balik punca kematian yang dikatakan dari H1N1 ini.
Bagaimana nanti ramai persoal kenapa Kementerian Kesihatan tidak tangguh dulu
pengenalpastian punca kematian akibat H1N1 ini?
Kebanyakan kematian akibat H1N1 ini disebabkan radang paru-paru (pneumonia) dan jika ada kes yang mati disebabkan penyakit itu pada masa ini, kita kategorikan ia sebagai H1N1.
Kalau lihat di Selangor, tiap bulan berlaku 4 atau 5 kematian kes radang paru-paru. Malah sebelum H1N1 lagi. Tetapi radang paru-paru itu bukan berpunca dari H1N1 tetapi disebabkan bakteria dan lain-lain virus.
Jadi, bukan saya nak bagi orang ramai lagi keliru tetapi kita nak terangkan kenapa bilangan kematian di Malaysia tinggi sangat. Saya fikir dengan cara saya maklumkan tadi, kebanyakannya ada berkaitan dengan penyakit serius lain.
Dengan dijangkiti penyakit serius itu, besar kemungkinan mereka akan meninggal dunia. Jadi, kebanyakannya ada penyakit H1N1.
Sama ada ia penyebab utama atau penyumbang kepada kematian, kita akan jalankan kajian dan apabila kita dapat laporan dari kumpulan WHO itu.
Tetapi tak apalah, apa yang telah berlaku, telah berlaku. Sekarang ini, kita akan lihat setiap kes kematian dan kalau benar-benar disebabkan oleh H1N1, kita akan laporkan. Maknanya si pesakit itu tidak ada apa-apa penyakit tetapi tiba-tiba dapat radang paru-paru dalam dua tiga hari, masuk Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kemudian meninggal. Kita akan bedah siasat paru-parunya jika dipenuhi kesan jangkitan.
Dan kebiasaannya kebanyakan orang dapat radang paruparu sebelah sahaja tetapi kalau kedua-dua belah dijangkiti dalam masa 48 jam, individu itu boleh ditakrifkan sebagai penghidap H1N1.
Ini bermakna prosedur menangani H1N1 kita silap?
Tak mungkin silap kerana sebaik sahaja kementerian dengar ada H1N1, kita dah buka bilik operasi dan cuma kaedah ini mungkin berbeza dengan negara lain. Saya yakin apa yang kita buat adalah lebih lagi daripada apa yang diminta oleh WHO. Kita lebih baik.
Cuma orang ramai perlu lebih berhati-hati, bergiat aktiflah dan mengambil tanggungjawab bukan hanya untuk menjaga diri tetapi tidak beri peluang supaya virus itu tidak merebak kepada orang lain.
Kita memang terlalu jujur dalam memaklumkan punca kematian akibat H1N1 ini. Ini kerana kita mahu tekankan satu mesej supaya rakyat tidak mengambil ringan penyakit ini.
Mungkin media kita juga ada ‘masalah’ dalam melaporkan pasal H1N1 ini kerana negara-negara lain mana ada melaporkan tentang H1N1 ini. Hanya di Malaysia sahaja. Walaupun akhbar berniat untuk mewujudkan sikap berjaga-jaga tetapi janganlah sampai siar setiap hari. Kalau setiap minggu, okay lah.
Satu hal lagi, media pun pada masa sama turut menyiarkan surat daripada ‘mangkukmangkuk’ yang menyatakan tidak payah pakai topeng, tak payah itu, tak payah ini.
Padahal kementerian minta pakai topeng tetapi ‘mangkuk’ itu kata, jangan pakai topeng. Kementerian kata pula beri tamiflu dalam masa 48 jam, ‘mangkuk’ itu lagi pula kata tak payah.
Kalau kita bagi laporan yang boleh menimbulkan kekeliruan mesej, mana rakyat nak ikut dan mereka mesti ikut yang lebih senang iaitu ‘mangkuk’ itu lah. Bagi saya, ini semua masih belum dapat menyedarkan orang ramai. Sikap mereka tidak berubah.
Daripada segi pelancongan pula, mungkin ketelusan Malaysia ini memberi ruang kepada negara pesaing untuk mengatakan jangan ke Malaysia kerana ramai yang mati.
Dengan kehadiran anggota WHO ini, adakah Malaysia akan menyemak balik punca kematian 68 orang ini?
Kita tidak akan semak balik apa yang telah kita maklumkan. Cuma kita akan lebih mengetahui bahawa apa yang kita laporkan itu memang H1N1. Memang semua itu ada H1N1 tetapi cuma kita hendak tahu perkara sebenar daripada WHO. Sama ada kaedah kita gunakan untuk melaporkan kematian itu sama dengan negara lain. Itu sahaja.
Kalau kaedah sama dan memang 68 kematian berpunca dari H1N1, maka itu serius kerana kenapa kita guna kaedah yang sama tetapi negara-negara lain melaporkan kes kurang daripada kita.
Mungkin di negara ini, ciri-ciri penyakit itu berlainan sikit atau barangkali pesakit datang lambat untuk mendapat rawatan. Juga mungkin rawatan yang diberikan agak lewat sungguhpun mereka datang awal. Kita kena semak balik.
Lawatan WHO itu sekurang-kurangnya memberikan keyakinan kalau apa yang kita buat sama dengan negara lain tetapi kalau kaedah kita untuk melaporkan kematian itu sama dengan negara lain, saya khuatir juga kenapa kita dapat bilangan kematian yang begitu tinggi.
Adakah kementerian buat perbandingan kaedah mengkategorikan punca kematian H1N1 dengan negara lain?
Memang ada tetapi negara lain bukan semuanya buat. Macam China yang langsung tidak mencatatkan kematian H1N1 ini. Kita meraguinya. Bukan tak percaya tetapi cuma hairan kenapa sesetengah negara itu ia tidak mencatat kematian. Mungkin mereka ada tapisan, kita tidak tahu. Kalau negara itu terlalu banyak mencatat kematian H1N1, siapa nak pergi ke negara itu.
Bukan saya nak tuduh sesiapa tetapi cuma berharap dengan kunjungan WHO ini, kita akan lebih mengetahui sama ada apa yang kita jalankan menepati kaedah rawatan dan prosedurnya. Antaranya daripada segi memberi maklumat, ujian imbasan dan sebagainya.
Sekarang WHO tidak memaksa setiap negara mengikut cara mereka. Mereka hanya bagi garis panduan dan terpulang untuk menentukan yang mana lebih sesuai dan elok.
Kita memang ada pengalaman sewaktu Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) dan sebagainya. Lagipun, kita sudah ada pelan pandemik sejak 2006 dan sebab itulah kita yakin bendung H1N1 ini. Lagi pun pengalaman kita dan negara-negara ASEAN lebih daripada negara lain dalam menangani sesuatu wabak berjangkit. ASEAN lebih dahulu menjalankan aktiviti pencegahan atau penyaringan berbanding dengan Barat kerana kita lebih berpengalaman.
Tapi saat ini pun tidak nampak kebimbangan masyarakat kita terhadap H1N1?
Ya, saya sendiri tidak nampak. Mereka kata Kementerian Kesihatan kena lebih berusaha lagi tetapi saya nak tanya pada mereka, apa lagi kita nak usahakan? Kadang-kadang orang ramai mudah sebarkan khabar angin.
Dalam menangani sesuatu wabak atau krisis, sepatutnya hanya ada satu jurucakap sahaja. Ini exco negeri nak bercakap, kawan itu nak bercakap, kawan ini nak bercakap dan keadaan ini menyebabkan orang ramai lebih keliru. Ini juga menyebabkan imej jurucakap kerajaan terjejas.
Bagaimana dengan kepakaran. Adakah mencukupi untuk membendung H1N1?
Tidak ada masalah kerana H1N1 ini senang dirawat. Kita sudah maklumkan semua doktor kerajaan dan swasta. Sesiapa yang dimasukkan ke hospital disebabkan radang paru-paru, anggaplah ia H1N1 dan bagi segera ubat tamiflu.
Kita ada tiga kategori iaitu sesiapa ada risiko tinggi walaupun tidak masuk hospital, kita beri tamiflu. Atau sesiapa datang ke hospital kerana demam terlalu tinggi melebih dua hari, juga kita bagi tamiflu.
Tetapi sama ada doktor-doktor di 7,000 buah klinik sedia ada ini mengikut nasihat, tahu garis panduannya, tahu cara nak rawat yang ada H1N1 atau ada ILI (simptom penyakit serupa influenza), yang itu kita tidak tahu.
Tetapi kalau tidak tahu, saya hairan juga kerana hebahan telah dibuat sama ada melalui media, bengkel, ceramah dan laman web rasmi kementerian.
Orang ramai mungkin buat tinjauan dengan bertanyakan doktor, apa yang dia akan lakukan jika ada pesakit radang paru-paru atau batuk-batuk dan kita dengar apa yang dia (doktor) kata. Kadang-kadang kita pergi ke unit pesakit luar, yang bawa pesakit itu tidak pakai topeng sedangkan pesakit itu pakai topeng. Ini tak masuk akal kerana sepatutnya dia pakai topeng dan setiap orang yang berada di hospital itu kena pakai topeng. Tetapi saya tak nampak ini berlaku.
Perlukah dikuatkuasakan undang-undang pakai penutup mulut?
Kalau dikuatkuasakan undang-undang, orang ramai marah pula. Kalau tidak dikuatkuasakan, juga orang marah.
Bagaimana tahap pemantauan di pintu- pintu masuk termasuk lapangan terbang?
Mula-mula ia nampak berkesan kerana banyak kes import. Tetapi sekarang tidak berkesan kerana banyak kes jangkitan tempatan. Namun kita tetap teruskan pemeriksaan termasuk pengisian borang status kesihatan walaupun tak banyak kes dikesan.
Bagaimana dengan antiviral?
Ia mencukupi tetapi kita harapkan doktordoktor di luar sana jangan bagi ubat sewenang-wenangnya. Saya cukup marah jika mereka bagi sesuka hati kerana bimbang berlaku penolakan (resistance) .
Tahap pemantauan di sekolah-sekolah pula adakah memuaskan?
Kita sudah meletakkan tanggungjawab itu kepada pengetua atau guru besar. Jadi, mereka boleh isytiharkan sekolah ditutup jika tidak ada murid-murid yang mencukupi untuk
menjalankan kelas atau guru-guru terlalu ramai yang sakit. Kita bagi nasihat, kalau kelas masih boleh berjalan, jalanlah tetapi kalau sesiapa yang sakit, hantar dia balik.
Kepada ibu bapa, kalau anak sakit, jangan benarkan ke sekolah. Tanggungjawab itu terletak di bahu ibu bapa. Bagi pihak sekolah, sebelum kelas bermula, kena buat pengumuman siapa yang demam, batuk dan tak sihat. Jika ada, asingkan dan hantar balik.
Tetapi itupun agak terlambat kerana sebelum itu, mereka sudah pun bercampur dengan kawan-kawan mereka dalam bas dan kawasan sekolah sebelum pengumuman itu dibuat.-utusan

Thursday, August 20, 2009

info selesema babi

Percaya atau tidak, walaupun dengan hanya 27 juta penduduk, Malaysia merupakan antara negara yang mencatatkan jumlah kes selesema babi paling tinggi di dunia.
Malah sehingga Selasa lepas, kita menduduki tempat kelapan jumlah kematian tertinggi dunia ekoran wabak maut itu dengan 67 kematian dari 4,225 kes disahkan positif.
Pandemik selesema babi ialah satu wabak terkini yang melanda penduduk dunia secara besar-besaran. Wabak ini adalah ekoran jangkitan strain baru daripada virus selesema Influenza A, subjenis H1N1.
Sebagai perbandingan, sehingga Selasa lepas, seluruh dunia mencatatkan 242,872 kes yang disahkan positif manakala angka kematian telah mencecah seramai 2,267 orang.
Amerika Syarikat mencatatkan jumlah kes positif dan kematian paling tinggi iaitu 46,948 kes dengan 477 kematian.
Ia diikuti Argentina, Brazil, Mexico, Australia, Chile, Thailand, Malaysia, Kanada dan Britain.
Bagaimanapun Jerman, Jepun dan China masing-masing mencatatkan kes positif seramai 11,103 orang, 5,022 orang dan 2,350 orang tetapi masih belum ada kematian yang dicatatkan.
Selesema Spanish 1918
Sepanjang abad ke-20, strain virus influenza A adalah punca tiga pandemik selesema terbesar dunia, iaitu selesema Spanish pada tahun 1918, selesema Asia pada 1956 hingga 1958 dan selesema Hong Kong pada 1968 hingga 1969.
Seluruh dunia, dianggarkan sehingga satu bilion orang dijangkiti selesema Spanish yang telah menyebabkan anggaran jumlah kematian sehingga 100 juta orang.
Pandemik influenza A terkini pertama kali dikenalpasti pada April 2009 bermula di Mexico, dipercayai ia telah menular beberapa bulan sebelum itu sebelum ia dikenalpasti sebagai satu wabak.
Justeru, kerajaan Mexico mengambil langkah menutup hampir semua pejabat dan kemudahan awam serta swasta di seluruh bandar Mexico sebagai langkah membendung wabak tersebut.
Ia merebak dengan mudah di hemisfera selatan ekoran ia berada di musim selesema musim sejuk dan negara-negara membangun yang mempunyai sistem penjagaan kesihatan terhad.
virus ini telah menyerang ratusan ribu mangsa di seluruh dunia dalam masa beberapa bulan sahaja.
Penularannya secara mendadak menyebabkan selesema babi diistiharkan sebagai pandemik dunia pada 11 Jun lepas.
Biasanya, ia merebak melalui batuk, bersin dan sentuhan permukaan yang tercemar. Simptomnya serupa dengan selesema biasa termasuk demam, bersin, sakit tekak, sakit kepala dan sakit-sakit sendi yang biasanya kekal selama seminggu.
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) mendapati kebanyakan kematian melibatkan mereka yang mempunyai sistem imunisasi yang lemah atau masalah kesihatan seperti asma, obesiti atau penyakit jantung.
Dalam satu kajian yang diterbitkan oleh jurnal perubatan New England Journal of Medicine mendapati 94 peratus daripada pesakit yang disahkan positif menghidap selesema babi mendapat demam panas, manakala 92 peratus pesakit mendapat batuk.
Mereka yang berisiko tinggi mendapat komplikasi serius termasuk warga tua yang berusia melebihi 65 tahun, kanak-kanak yang berusia kurang lima tahun, wanita mengandung.
Data CDC menunjukkan lebih 70 peratus daripada kes yang dimasukkan ke hospital ialah mereka yang mempunyai masalah kesihatan.
Di awal penyebarannya, kebanyakan kes di luar Amerika Utara berpunca dari lawatan ke AS dan Mexico, bagaimanapun penyebaran di dalam negara telah dilaporkan di sekurang-kurangnya 89 negara seawal bulan Jun.
Media seluruh dunia menggelarkan influenza ini sebagai selesema babi kerana virus terbaru itu adalah sejenis influenza yang berasal dari strain virus yang terdapat di kalangan haiwan tersebut. Walaupun, pegawai rasmi kesihatan antarabangsa telah mengesahkan bahawa daging babi selamat dimakan, beberapa dozen negara masih mengharamkan import daging babi dari AS..
Terlepas pandang
Terdapat juga pakar yang mendakwa pegawai rasmi kesihatan seluruh dunia telah terlepas pandang akan risiko kumpulan babi sebagai penyebab strain influenza baru, sedangkan tumpuan yang lebih banyak telah diberikan kepada ancaman selesema burung.
Penyelidik berpendapat perdagangan babi hidup di antara Eurasia dan Amerika Utara telah membantu mencampuradukkan strain-strain berlainan virus influenza babi sehingga menyebabkan pembentukan strain virus H1N1 yang terbaru.
Tambahan pula, virus influenza H1N1 kali ini disifatkan oleh pakar virologi dari Universiti Hong Kong, Guan Yi, sebagai sangat tidak stabil yang bermakna ia boleh bercampur dan memindahkan bahan genetik apabila terdedah dengan virus lain memudahkannya untuk bermutasi.
Malah pandemik terbaru ini juga menyebabkan para penyelidik mengesyaki punca utama wabak 2009 ialah kekurangan pemantauan daripada industri babi memandangkan penternakan haiwan itu terlalu diindustrikan.
Terkini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan bahawa jumlah jangkitan baru di hemisfera selatan kelihatannya telah memuncak dan kemudiannya mula berkurang di negara seperti Argentina, Chile, Australia dan New Zealand.
Bagaimanapun, badan itu mendapati penularan virus itu semakin aktif dengan jangkitan baru yang semakin meningkat di negara-negara Asia termasuk Thailand, India, Vietnam dan Malaysia.
Memandangkan virus tersebut boleh merebak dengan mudah, sama ada melalui udara atau sentuhan, mereka yang dijangkiti sewajarnya dikuarantin di rumah dengan tidak ke sekolah, ke tempat kerja atau tempat-tempat awam.
CDC mencadangkan orang ramai yang mengalami tanda-tanda selesema untuk tinggal di rumah selama tujuh hari dan jangan keluar atau kembali ke pejabat atau sekolah sehinggalah 24 jam selepas sihat sepenuhnya.
Dalam usaha mengawal penularan selesema babi, beberapa negara terutama Asia telah mengenakan arahan kuarantin terhadap penumpang kapal terbang yang mempunyai simptom selesema, malah ada negara yang mewajibkan pemeriksaan kepada penumpang.
Langkah penutupan sekolah bagaimanapun dianggap strategi yang tidak efektif. Bak kata Penguasa Kesihatan Awam Houston, David Persse, penularan virus tersebut terlalu mudah dan pantas di kalangan pelajar sekolah hinggakan apabila sekolah ditutup sebenarnya sudah terlewat.
Kebanyakan negara kini menasihatkan rakyatnya supaya menangguhkan perjalanan ke luar negara, serta memantau mereka yang baru pulang dari kawasan yang dijangkiti.
Sebagai langkah pencegahan, banyak syarikat penerbangan telah membaiki prosedur kebersihan terhadap penerbangan antarabangsanya bagi mengurangkan risiko termasuk memasang penapis udara, pemeriksaan suhu terhadap semua penumpang dan menyediakan tuala dengan antiseptik.
Ada juga negara yang menguatkuasakan perintah kuarantin yang sangat ketat terhadap pelancong termasuk kerajaan China yang mengarahkan 21 pelajar dan tiga guru dari AS berkurung di dalam bilik hotel mereka ekoran salah seorang penumpang kapal terbang disyaki mengidap selesema babi.
Di Hong Kong pula, sebuah hotel mengkuarantinkan kesemua 240 tetamu selepas salah seorang tetamu disahkan mengidap virus tersebut, sementara kerajaan Australia mengarahkan sebuah kapal pesiar dengan 2,000 penumpang supaya tidak mendarat selama seminggu.
WHO menjangkakan vaksin penuh untuk virus itu tidak akan ditemui sebelum akhir 2009, jika ada pun mungkin terhad dan akan diberikan terlebih dahulu kepada kakitangan kesihatan, wanita mengandung dan lain-lain kumpulan berisiko tinggi.
Mereka juga bimbang virus influenza A itu boleh bermutasi lagi dan menjadikannya sebarang vaksin baru juga mungkin tidak berkesan.

Oleh WAN SHAHARA AHMAD GHAZALI

Thursday, August 13, 2009

Pengajaran berguna

Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya. Sambil menunggu dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu sambil membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki disebelahnya dengan selamba turut mengambil biskut dari bungkusannya.
Setiap keping biskut yang dia ambil, lelaki itu turut mengambil sama. Di dalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki tersebut. Alangkah tak malunya lelaki ini, sudah la tak minta izin dari aku. dia makan sama banyak dengan aku pulak tu. Memang dasar pencuri! rungut wanita itu dalam hati.
Dalam pada itu lelaki itu dengan muka yang tenang dan selamba terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut yang terakhir terdapat dalam bungkusan tersebut. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu. Sambil tersenyum lalaki itu mengambil biskut yang terakhir lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki tersebut. Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam 'mencuka' wanita itu berkata dalam hatinya berani sungguh lelaki ini. Memang muka tak malu. Dasar pencuri besar....
Kedua-dua mereka, wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah-olah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya. Apabila dia sampai ditempat duduknya dia membuka beg kecilnya untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia bila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya masih elok, baru dibuka hanya beberapa keping sudah dimakan sahaja. Jika biskut ini ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi ?? Ya... biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu.
Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki tersebut. Lelaki yang tidak dikenali tersebut pula sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biar pun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marah terhadapnya. Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenarnya.
Pengajaran dr cerita....# Sebelum kita berbuat sesuatu, pastikan semuanya jelas, jangan membuat keputusan secara membuta tuli aje, nanti kita akan menyesal kemudian... penyesalan kemudian hari tiada lagi gunanya

Rahsia Peribadi Lelaki Melalui Rambut

Jom kenali lelaki melalui rambut mereka tapi seperti biasa jangan terlalu percaya dengan semua ini ;).
1) RAMBUT LURUS - bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan berpontisi dalam bidang kesenian.
2) RAMBUT KERENTING TEBAL- kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantic, banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri.tidak suka termenung,
3) RAMBUT KERENTING NEGRO- bijak, ego, cemburu buta, romantic , memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah.
4) RAMBUT IKAL MAYANG- bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang dengan kesilapan lalu.
5) RAMBUT HALUS/LEMBUT- bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.
6) RAMBUT SIKIT- bijak, sentiasa berfikiran negetif pada seseorang, ego, dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.
7) RAMBUT PERANG- kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah.
8)RAMBUT TEBAL- bijak, degil, cemburu, romantic, kasar, banyak kawan, dan pandai mengambil hati seseorang.
9) RAMBUT KUSUT- sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan.
10) RAMBUT BERUBAN-kurang bijak, suka termenung, sosial sikit, berfikiran terbuka dan pandai selesai kan masalah diri

kasih sayang yg tak berpenghujung. .. ..

Assalamualaikum. .. > kasih sayang yg tak berpenghujung. .. .. > > > Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. > Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan > anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah. > > Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia > meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan > panjang sedepa di tangan ayah. > > "Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar. > > Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua > kami membisu,cuma tunduk memandang lantai. > > "Baik,kalau tak mengaku,dua- dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat > tang an untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. > > Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya > sambil berkata, "Saya yang ambil!" > > Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, > hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah > kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik > tak tumpah. > > Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut: > > "Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan > kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?" > > Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang > berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. > Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. > > Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang > takut berkata benar. > > Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu > berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!" > > Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. > > Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku > bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah > berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat > pra-universiti. > > Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di > ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang > dalam pelajaran. Abang bangga sekali!" > > "Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak. > > "Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?" > > Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu. > "Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!" > > Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung > wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam. > > Panggggg.... sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu > aku lakukan ialah menutup muka dan menangis. > > "Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan > kamu, ayah akan lakukan!" > > "Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa > keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu > minyak pada pipinya yang bengkak. > > "Kakak perempuan... .. biarlah kakak yang berhenti." > > Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa > bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat > dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.... . > > "Kak.....untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja > dan akan kirim wang buat akak." > > Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup > kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah. > > Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: " Ada pemuda > kampung tunggu kau kat luar!" > > "Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?" > > Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan > pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang > kampung, sebutlah adik yang datang!" > > Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang > akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?" > > Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya.. Aku cukup > tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas > bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik. > > Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa > orang lain kata." > > Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia > mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis > pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak." > > Aku kaku.. Sepatah kata pun tak terucap.. Aku rangkul adik dan dadanya > dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan. > > Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku > lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu. > > "Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik." > > "Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka." > > Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan. > > "Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya. > > "Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan > serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. > > Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja > keras." > > Apalagi...aku menangis seperti selalu. > > Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan > menawarkan jawatan pengurus kepada adik. > > "Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik. > > "Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik > ada." > > "Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk. > > "Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan > kesedihannya. > > Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah > tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara > majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?" > > Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantas > menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.. > > "Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke > sekolah..Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai > kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia > berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah > sebab tertikam tunggul dan calar-balar. " > > "Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja > demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai > bila-bila." > > Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik > sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria. > > Ya Allah Ya Tuhanku....aku redha akan ujian dari-MU..pintaku, berikanlah aku kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi semua ini...

Wanita Di Mata Lelaki .

seorang lelaki balik rumah...dia jadi hairan giler halaman rumah berselerak surat di peti pos tak berambil anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang camping, penuh dengan tanah dan kotoran rambut tak bersikat, tak bermandi, masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut ruang tamu lagi teruk berselerak lelaki itu melaung nama isterinya... .sepi tiada jawapan masuk ke dapur sinki penuh dengan pinggan mangkuk tidak berbasuh periuk tidak bercuci mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak masuk ke bilik air baju masih belum berbasuh apatah lagi berendam lelaki itu cemas mencari isterinya dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku"awak sakit ke?"..tanya lelaki itu "tak lah", jawab isterinya ringkas"kenapa teruk sangat rumah kita hari ni", tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam. balas isterinya "wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah seorang suri rumah, duduk di rumah tidak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang. ....NAH,HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG BIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI"

Monday, April 27, 2009

SELSEMA BABI

Seperti yang diketahui umum (harap tahu), wabak Selsema Babi sedang melanda Mexico dan Amerika Utara beberapa hari lepas. 81 orang maut di Mexico ,menjangkiti 12 orang di Amerika Syarikat dan buat pertama kalinya pihak berkuasa di New Zealand mengesahkan 10 pelajar negara berkenaan yang baru pulang dari Mexico menghidap selesema babi dan terpaksa dikuarantin sebagai langkah berjaga-jaga.
Selsema Babi, merupakan satu penyakit respiratori (sistem pernafasan) yang selalu ditemui dalam kawanan babi, disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1) yang telah mengalami mutasi dan menghasilkan strain baru. Selsema ini yang selalunya berlegar dalam spesis babi sahaja, dilihat mula menjangkiti manusia dan mula dikesan dalam manusia sejak 1988.
Namun menurut laporan Centres of Disease Control and Prevention Amerika Syarikat atau singkatannya CDC, jumlah kes Selsema Babi dilihat semakin meningkat sejak Disember 2005 sehingga Februari 2009, dan semua kes ditemui di negeri-negeri Amerika Syarikat. Sedari Mac 2009 hingga April 2009, lebih 1000 kes Selsema Babi dikesan di Mexico, dan lebih dari 80 kematian yang dikaitkan dengan virus H1N1 dilaporkan. Tanggal 26 April 2009 (kelmarin), Jabatan Kesihatan Amerika Syarikat mengisytiharkan wabak Selsema Babi ini sebagai kecemasan kesihatan awam (public health emergency), setelah lebih 20 kes dikesan di seluruh Amerika Syarikat.
Simptom-simptom yang dipamerkan pesakit yang dijangkiti H1N1 adalah seperti, selsema, demam, batuk, kepenatan dan juga kurang selera makan. Ada juga laporan menyebut bahawa pesakit mengadu sakit tekak, loya, muntah-muntah dan cirit-birit. Virus H1N1 ini dipercayai menjangkiti manusia ke manusia melalui udara, titisan rembesan hidung mahupun mulut yang berlegar di udara. Selsema Babi mudah menjangkiti manusia lain dalam lima ke sepuluh hari pertama jangkitan. Ubat yang disarankan adalah seperti; amantadine, rimantadine, oseltamivir dan zanamivir, walaubagaimanapun, untuk wabak terbaru ini, rawatan yang disarankan adalah dengan menggunakan oseltamivir dan zanamivir. Vaksin untuk selsema manusia bermusim tidak melindungi manusia dari Selsema Babi.
Sebagai langkah pencegahan juga, orang awam digalakkan memakai topeng dan juga melaporkan diri pada klinik atau hospital berdekatan jika ada melawat negara-negara (dalam sebulan yang lepas) yang telah diisytihar dilanda wabak Selsema Babi.

SUMBER : http://www.adrysabry.com

Thursday, April 9, 2009

Najib umum barisan kabinet 2009 terkini

Berikut senarai barisan anggota kabinet Datuk Seri Najib Razak

Timbalan perdana menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Tan Sri Koh Tsu Koon - perpaduan dan prestasi
Datuk Seri Nazri Abdul Aziz - Parliamen
Mej (B) Jamil Khir Baharum - hal-ehwal agamaTan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancangan Ekonomi (EPU)

Kewangan
(1) Datuk Seri Najib Abdul Razak
(2) Datuk Ahmad Husni Hanadzlah

Pelajaran
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Pengangkutan
Datuk Seri Ong Tee Keat

Dalam negeri
Datuk Seri Hishammuddin Hussein

Penerangan, komunikasi dan kebudayaan
Datuk Seri Dr Rais Yatim

Tenaga, teknologi hijau dan air
Peter Chin

Pembangunan luar bandar, wilayah
Datuk Seri Shafie Apdal

Pengajian tinggi
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

Perdagangan antarabangsa dan industri
Datuk Mustapa Mohamed
Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan)

Pelancongan
Ng Yen Yen

Pertanian dan perniagaan asas tani
Datuk Noh Omar
Datuk Johari Baharom (timbalan)

Pertahanan
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

Kerja raya
Datuk Shaziman Mansur

Kesihatan
Liow Tiong Lai

Belia dan sukan
Ahmad Shabery Cheek
Razali Ibrahim (timbalan)

Pembangunan sumber manusia
S Subramaniam

Perumahan dan kerajaan tempatan
Kong Cho Ha

Wanita, keluarga dan masyarakat
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil

Luar
Anifah Aman

Wilayah persekutuan
Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

*sumber malaysiakini

Wednesday, April 8, 2009

TEORI RAHMAN & TEORI MAHA - Perdana Menteri Malaysia

Teori RAHMAN dah menjadi menjadi kenyataan :

R - Tunku Abdul Rahman

A - Abdul Razak

H - Hussein Onn

M - Mahathir

A - Abdullah

N - Najib

Teori apa pulak selepas ini mungkin TEORI MAHA singkatan nama Tun Dr Mahathir....

M - Muhyidin

A - Ahmad Zahid Hamidi

H - Hishamuddin

A - ??????????????

mungkin???????????????? .........

Sunday, March 15, 2009

Rumahku Syurgaku


Dah hampir setahun... bila agaknya nak siap rumah ni.......

Saturday, February 21, 2009

KEJOHANAN PING PONG MSSK 2009

Kejohanan ping pong MSSK 2009 diadakan pada 18 dan 19 Februari 2009 di SMK Dato Bijiwangsa, Tumpat. Aku dan teman jurulatih daerah Kuala Krai telah membawa pemain seramai 16 orang.... Amat membangga apabila deerah Kuala Krai memenangi beberapa kategori.... Telah 4 tahun berturut-turut daerah Kuala Krai menjadi johan bagi kategori L12..



Pok Chit ... Johan perseorangan L12 dan Bergu L12 .. hidup chit



Anas tempat ke 3 Perseorangan L12 dan Johan Bergu. senyum skit



Jaki dan Mohamad tempat ke 4 Bergu L18.. bangga tuuu


Vaneeda & Yusmaliza ...... ada pengalaman menakutkan di tumpat ... nampak hantu kot..



Murni & Husna... asalnya pemain utama tapi dah jadi pasukan sorak utama... sampai hilang suara...


Tu dia jurulatih daerah Kuala Krai. main macam cina daaaaaaa...
.....cikgu kamal sori gambar kita berdua tak ada.......

Saturday, January 31, 2009

Bunyi ganjil seperti ngauman raksasa di Rusia

Hari ini aku menerima SMS dari seorang kawan berbunyi .. Kepada semua yang bergelar muslim,hari ini pakar mete0logi bahagian bunyi dari Rusia mendapati sesuatu bunyi ganjil seperti ngauman raksasa dari bawah mantel bumi.Menurut para ulama,kemungkinan besar itu ialah suara Dajjal yg brusaha untuk naik ke muka bumi.0leh itu,kita disuruh sentiasa x berhenti azan dan s0lat..

Aku cuba cari dalam internet,rupa-rupanya banyak artikel ini di dalam blog... aku tak pasti...

Thursday, January 29, 2009

Lima ajaran sesat teras seks

KUALA LUMPUR - Walaupun ajaran sesat 'Satria Piningit Weteng Buwono' yang berpangkalan di Jakarta, Indonesia dipercayai tidak sempat menular ke negara ini, terdapat lima kumpulan ajaran sesat di negara ini didapati mempunyai ciri-ciri ajaran yang sama dengan berteraskan amalan seks bebas.
Ajaran-ajaran tersebut ialah ajaran Haji Ghazali Othman, ajaran Martabat Tujuh-Hamzah Embi, ajaran Tarekat Islam Muhammad Habibullah Al Hashimi @ Syed Mohd. Al Masyhor, ajaran Haji Banuar Roslan dan ajaran Zamree Ab. Wahab.
Malah, Penolong Pengarah Bahagian Perhubungan Awam dan Penerbitan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd. Hidayat Abd. Rani mendedahkan, ketika ini terdapat 23 ajaran sesat yang masih dalam siasatan jabatan itu turut dikesan mempunyai elemen seks untuk menarik perhatian pengikut.
Tidak cukup dengan itu, baru-baru ini di Kelantan, seorang bomoh wanita didakwa menggunakan cara menari bogel beramai-ramai semasa mengamalkan sejenis ajaran persis kepada ajaran Ayah Pin.
"Perihal itu (merujuk seks) memang menjadi antara elemen yang dipertaruhkan oleh ketua ajaran sesat sebagai satu cara mudah untuk mendapat ahli yang banyak,'' katanya ketika dihubungi Kosmo! malam tadi.
Reaksi Mohd. Hidayat itu adalah sebagai mengulas ajaran sesat 'Satria Piningit Weteng Buwono' yang dikepalai oleh seorang lelaki Indonesia yang bernama Agus Noro.
Mohd. Hidayat ketika ditanya sama ada ajaran 'Satria Piningit Weteng Buwono' yang saling tidak tumpah dengan beberapa ajaran yang disenaraikan di Malaysia turut melibatkan rakyat Malaysia,

sumber : kosmo online

Thursday, January 15, 2009

Misteri Batu Hajar Aswad


Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah adalah pusat dari planet
Bumi. Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah. Ketika
Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa
dan mengambil gambar planet Bumi, di berkata : "Planet Bumi ternyata
menggantung di area yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya?."

Para astronot telah menemukan bahwa planet Bumi itu mengeluarkan semacam
radiasi, secara resmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayang nya
21 hari kemudian website tersebut raib yang sepertinya ada asalan
tersembunyi di balik penghapusan website tersebut.

Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut
berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka'Bah. Yang mengejutkan
adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berujung), hal ini
terbuktikan ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut
masih berlanjut terus. Para peneliti Muslim mempercayai bahwa radiasi ini
memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka'Bah di planet Bumi
dengan Ka'bah di alam akhirat.

Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu area
yang bernama 'Zero Magnetism Area', artinya adalah apabila kita
mengeluarkan kompas di area tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak
akan bergerak sama sekali karena daya tarik yang sama besarnya antara
kedua kutub.

Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih
lama, lebih sehat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan
gravitasi. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Ka'Bah, maka
seakan-akan diri kita di-charged ulang oleh suatu energi misterius dan
ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.

Penelitian lainnya mengungkapkan bahwa batu Hajar Aswad merupakan batu
tertua di dunia dan juga bisa mengambang di air. Di sebuah musium di
negara Inggris, ada tiga buah potongan batu tersebut (dari Ka'Bah) dan
pihak musium juga mengatakan bahwa bongkahan batu-batu tersebut bukan
berasal dari sistem tata surya kita.

Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah SAW bersabda, "Hajar Aswad itu
diturunkan dari surga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa
anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.

Jami al-Tirmidzi al-Hajj (877)

Friday, January 2, 2009

ANDA,MALAIKAT,SYAITAN

Manusia, Malaikat, Syaitan……

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini.awal lagi nie?.zzz

Manusia - Nak makan, laparlah ?
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla...dah lapar ini !! mmm.. sedapnyaa?

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.....
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm.. aahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah.. awal lagi nie?

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah
Maha Melihat dan mengetahui!
Syaitan - Perggghh... best tu... rugi ooo kalau tak tengok nie...

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh?

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah?... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha
Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya
sekali....rugilah. .. (kalau sempat la)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai
Allah, berpalinglah dari jalan itu .
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu... Jomlahhh?

bunyi-bunyian haiwan, cerita kanak2

Suatu pagi di sebuah TADIKA KEMAS yang terletak di Jalan San Peng;
Cikgu : Baik anak-anak murid.... pagi ni kita akan belajar mengenal bunyi haiwan. Fairuz, macam mana bunyi ayam berkokok?
Fairuz : Kok kokk kokkkkk!!!!!
Cikgu : Bagus Fairuz... Amy, buat bunyi kucing pula..
Amy : Meowwww
Cikgu : Amboi, manja kucing tu ya.... Udin, buaya bagaimana pula bunyinya?
Udin : Fewittt! Hai, Cik Adik! Sorang jer...? Abang temankan ya...
Cikgu : Bunyi buaya apa tu???
Udin : Buaya darat cikgu!!