salam singgah semoga ceria selalu.

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Jom segarkan minda....hidup mesti ceria.. *koleksi email dari kekawan*...jom layan

Friday, October 17, 2008

cerita lawak pendek

Pecat
Majikan : kamu dipecat!
Pekerja : Tapi saya tidak melakukan apa-apa
Majikan : Itulah sebab kamu dipecat.

Kerja Rumah
Seorang guru sedang bertanyakan kepada seorang anak muridnya.
Guru : Ali, mengapakah awak tidak membuat kerja rumah yang cikgu beri?
Ali : Emak saya beritahu saya supaya tidak buat kerja rumah.
Guru : Mengapakah emak awak berkata begitu?
Ali : Kerana semua kerja rumah emak saya yang buat.

Markah 100%
“Mama..hari ini saya dapat markah 100% di sekolah” kata Roslan kepada mamanya.
“Iya ke…..macam nil ah anak mama yang pintar…subjek apa yang kamu dapat markah 100%” Tanya mamanya.
“Matematik 30%, Bahasa Melayu 50% dan Sejarah 20%” kata Roslan.

Salah email
Seorang lelaki yang berjauhan menghantar email kepada isterinya tetapi alamat email telah salah ditaip lalu email tersebut melencong terus kepada seorang wanita yang baru kematian suaminya. Selepas membaca email tersebut wanita tersebut menjerit lalu pengsan……..
Apa yang ditulisnya……?

Isteriku sayang segalanya telah disiapkan untuk menunggu kedatanganmu esok…. Ah panas sekali di sini….

Tumpang lalu
Satu pagi di stesen keretapi, ada seorang makcik tu dia tanya attenden kaunter.
Makcik : Anak, keretapi sampai jam berapa?
Attenden kaunter : yang dari Alor Setar sampai jam 2 petang, yang dari kota Bharu sampai jam 1 petang, yang dari Kuala Lumpur sampai jam 4 petang. Makcik nak pergi mana?
Makcik : Tak ke mana. Makcik nak melintas aja. Terima kasihlah anak, ni maknanya takde lah keretapi lalu sekarangkan…? Terima kasih banyak-banyak. Makcik tumpang lalu ye….

Biar padan muka
Suami sedang nazak dan hampir meninggal. Dia pun berpesan kpd isterinya…
Suami : Sayang, sebelum abang mati…abang nak sayang kahwin dengan Harun…..
Isteri : (terkejut) Isyk abang nie.. kan Harun tu musuh ketat abang? Abang rela menyerahkan sayang kepadanya?
Suami : Abang nak dia menderita seperti yang abang alami 30 tahun bersama sayang…….

No comments: