salam singgah semoga ceria selalu.

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Jom segarkan minda....hidup mesti ceria.. *koleksi email dari kekawan*...jom layan

Sunday, September 6, 2009

Kerajaan kaji bonus kakitangan awam

KSN bincang dengan Cuepacs untuk tindakan lanjut

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan sedang berbincang dengan Cuepacs mengenai tuntutan bayaran bonus untuk kakitangan awam pada tahun ini.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan sedang dalam perundingan mengenai perkara itu.

"Tunggulah...KSN tengah berbincang dengan Cuepacs," katanya pada sidang media selepas meninjau keadaan kuarters Jabatan Kerja Raya (JKR) di di Batu 2 1/2 Jalan Cheras kira-kira setengah jam, di sini, semalam.

Sementara itu, Presiden Cuepacs, Omar Osman percaya kerajaan akan memberi keputusan positif mengenai bonus atau wang sagu hati kepada kira-kira 1.2 juta kakitangan awam untuk tahun ini.


Beliau berkata, Cuepacs berharap bonus kali ini dibayar sebelum Aidilfitri.

Katanya, pihaknya sudah menghantar surat mengenai tuntutan bonus itu baru-baru ini kepada Najib untuk mendapatkan pertimbangan sewajarnya.

"Kita belum mendapat reaksi balas mengenai perkara itu tetapi Cuepacs berharap kerajaan tidak mengecewakan harapan 1.2 juta kakitangan awam terutama bagi mereka yang berada dalam Kumpulan Sokongan Satu dan Dua yang amat mengharapkan sedikit sumbangan untuk persediaan menyambut Aidilfitri.


"Cuepacs tidak memaksa...terserah kepada kerajaan berapa jumlah sanggup dibayar (bonus atau sagu hari). Yang penting kita (kakitangan awam) dapat menikmatinya dan kalau dibayar sebelum raya lagi bagus," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Tahun lalu, setiap kakitangan kerajaan menerima bonus sebulan gaji atau sekurang-kurangnya RM1,000.

Omar berkata, Majlis Tertinggi Cuepacs akan bermesyuarat Selasa ini bagi membincangkan lebih lanjut mengenai permintaan bonus atau sagu hati tahun ini.

sumber: berita harian online

Friday, September 4, 2009

Bonus kakitangan Awam 2010

Kakitangan awam harap dapat bonus sebelum raya

KUALA LUMPUR 25 Ogos - Penjawat awam berharap kerajaan akan mengumumkan pemberian bonus sebelum Hari Raya Puasa ini walaupun bajet 2010 dijadual dibentangkan pada 23 Oktober.

Perkara itu diluahkan beberapa penjawat awam dalam laman web 1Malaysia milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, baru-baru ini.

Mayau Sarikei dari Sarawak berkata, setiap kali menjelang perayaan Aidilfitri, beliau dan isterinya akan berbelanja lebih sedikit daripada kebiasaan.

"Bagaimanapun, pada sambutan Hari Lebaran tahun ini, saya dan isteri kena mengurangkan sedikit perbelanjaan berikutan kami berpendapat sidang Belanjawan 2010 hanya akan berlangsung pada Oktober depan".

Beliau berkata, ini bermakna peruntukan untuk memberi bonus kepada penjawat awam menjelang hari raya mungkin tidak dapat dilakukan.

"Oleh demikian, kami berharap YAB Datuk Seri dapat mencari jalan untuk memberi bonus kepada kakitangan awam bagi menambah persiapan untuk hari raya ini," katanya.

Cadangan beliau disokong individu yang hanya menggelarkan dirinya sebagai penjawat awam yang berkata, memandangkan harga barangan keperluan harian telah meningkat secara mendadak ia amat menggusarkan semua penjawat kerajaan.

"Dengan tiadanya bonus agak menyukarkan kami penjawat awam untuk membuat persiapan hari raya," katanya.

Justeru, beliau berharap Najib yang juga Menteri Kewangan dapat mempertimbangkan permintaan itu dan memberi bonus sekurang-kurangnya RM1,000 kepada setiap penjawat awam, yang dibayar secara berperingkat iaitu sebelum raya dan pada pertengahan Disember.

Sementara itu, menerusi laman web yang sama, Jayiddin Simon pula mencadangkan agar kerajaan memansuhkan bayaran lesen memandu untuk mengurangkan beban rakyat. - BERNAMA

sumber utusan online